BERMULA sejak sembilan tahun lalu, Anugerah Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) terus merangsang ketelusan dalam kepimpinan dan laporan kelestarian.
Memasuki usia 10 tahun penubuhannya, anugerah ACES 2023 memperbaharui komitmennya untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang membawa perubahan positif kepada industri dan pekerja dalam organisasi masing-masing, termasuklah memberi pengiktirafan kepada syarikat yang mencapai kejayaan dalam usaha kelestarian dan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).
Dalam sedekad ini, ACES menerima bilangan penama paling ramai berjumlah 580 di kalangan perniagaan di Asia yang mengharapkan kemenangan pada anugerah ini.
Daripada 580 penama, 52 industri adalah dari 15 negara, satu-satunya bukti kejayaan ACES.
Selepas melalui proses penilaian yang teliti, 82 pemenang dalam 21 kategori dipilih daripada Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Mongolia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam.
Mendahului senarai pemenang ialah Filipina dengan 23 pemenang, diikuti Malaysia dengan 15 pemenang.
Antara yang memenangi anugerah ACES ialah Somphote Ahunai, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Energy Absolute Public Company Limited untuk kategori Usahawan Paling Cemerlang, Nisa Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam Capital Sdn Bhd sebagai Usahawan Wanita Paling Cemerlang dan Hoe Kian Choon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd sebagai Usahawan Muda Paling Cemerlang. Ayala Corporations dipilih sebagai Syarikat Paling Mampan Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Anugerah ACES dan Majlis ACES, Shanggari B berkata, beliau percaya jangka hayat Anugerah ACES adalah bukti bahawa terdapat pemimpin korporat yang menyedari perubahan yang perlu dilakukan terhadap cara perniagaan perlu diurus tadbir dan dijalankan.
“Terdapat kepercayaan yang semakin meningkat dalam sektor korporat bahawa kuasa akan disusuli tanggungjawab.